en
Feedback
Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM

Open in Telegram

Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.

Show more
44 891
Subscribers
No data24 hours
-477 days
-24330 days
Posts Archive
Medicines save lives, but they’re also fuelling a silent but grave threat: antimicrobial resistance. After years of warning and education, are we still struggling to keep this global health threat in check? How can we also do our parts as patients and ensure that medicines are safely disposed of? Consultant urologist Dr George Lee is joined by consultant infectious diseases physician Dato’ Dr Suresh Kumar Chidambaram and pharmacist Ng Yi Ling to find out. https://www.bfm.my/content/podcast/when-medications-fuel-the-next-superbug
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Kesesakan di pusat pemindahan banjir boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan. Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan ➡️ Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin ➡️ Amalkan etika batuk dan bersin yang betul ➡️ Jaga kebersihan diri dan persekitaran ➡️ Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan ➡️ Gunakan tisu untuk membuang kahak ➡️ Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala ➡️ Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan. Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir. #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
2
Photo unavailableShow in Telegram
Elak tekanan semasa musim banjir ➡️ Beri masa untuk menyesuaikan diri dengan perkara yang telah berlaku ➡️ Kongsi perasaan dengan orang yang boleh dipercayai ➡️ Amalkan cara hidup sihat untuk mengisi masa lapang ➡️ Dapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan atau pakar yang terlatih ➡️ Tambah baik rutin harian ➡️ Buat keputuan yang rasional Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir. #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
4
Photo unavailableShow in Telegram
Keracunan makanan adalah penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman tercemar. Semasa banjir, jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak. Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mempunyai gejala seperti rasa loya, muntah-muntah dan sakit perut. Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
6
Photo unavailableShow in Telegram
Penyakit Bawaan Banjir Saksikan dalam rancangan Borak SeeNI di astro prima esok pada pukul 11.00 pagi bersama Dr. Nur Nadiatul Asyikin binti Bujang, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pejabat Kesihatan Lembah Pantai. #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
1
Photo unavailableShow in Telegram
Jom tonton dan dengar Podcast dari Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor! HIV : BERSAMA MELINDUNGI, AKHIRINYA BERSAMA | Borak Je! Ep 8 HIV? Semua perlu mainkan peranan penting, bukan menghukum. Apa perlu anda tahu? apa tindakan perlu anda buat? 🎙Tonton sekarang, ini yang perlu anda lakukan! Klik pautan di bawah untuk strim dan subscribe: Youtube : https://youtu.be/-msZeKxXCUY Selamat menonton, semoga dapat sesuatu! Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Johor
Show all...
1
Photo unavailableShow in Telegram
Pendedahan kepada air banjir yang tercemar boleh menyebabkan penyakit kulit. Elak daripada terdedah dengan air banjir jika mempunyai luka. Dapatkan rawatan segera jika terdapat bendasing pada luka, gigitan binatang atau luka membengkak, kemerahan, bertambah sakit atau mengalami demam. Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Taun merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan sangat berbahaya disebabkan oleh kuman Vibrio Cholerae. Cirit-birit dan dehidrasi yang teruk akan muncul beberapa jam hingga 5 hari selepas terdedah kepada jangkitan. Jaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran, sentiasa cuci tangan dengan betul, minum air yang telah dimasak dan jangan makan makanan mentah yang tidak dimasak dan makanan basi atau rosak. Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir. #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
1
Photo unavailableShow in Telegram
Persediaan sebelum banjir bagi ibu hamil. Sediakan perkara berikut semasa berpindah 📙 Buku rekod kesihatan ibu 🎒 Keperluan peribadi 💊 Keperluan bayi atau anak 🧸 Bekalan ubat Segera maklumkan kepada fasiliti kesihatan terdekat sekiranya anda hampir bersalin. Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir. #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
4
Photo unavailableShow in Telegram
Pendekatan “Sihat Itu Saya, Sihat Itu Kita, Sihat Itu Malaysia” perlu dijadikan falsafah baharu negara dalam memperkukuh agenda kesihatan nasional. Kesihatan bukan sekadar rutin atau pilihan sampingan tetapi sebahagian daripada identiti diri. Jom selak e-majalah keluaran Disember 2025 di https://bit.ly/48gOOXO. Dalam edisi kali ini kami kongsikan tentang keberanian untuk bangkit dan mencari makna baharu dalam kehidupan sebagai inspirasi kepada masyarakat untuk terus berusaha mengekalkan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Selain itu, tumpuan juga diberikan kepada kepentingan pencegahan penyakit seperti angin ahmar. #MalaysiaSihat
Show all...
6
01:16
Video unavailableShow in Telegram
Rakyat Malaysia hendaklah bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan untuk memerangi denggi kerana berlaku peningkatan sebanyak 40% kes denggi yang direkodkan pada tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya. - YAB Dato’ Seri Diraja Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
IMG_0609.MP46.40 MB
1
Photo unavailableShow in Telegram
Antara tip keselamatan makanan semasa banjir yang perlu diamalkan. ✅ Sentiasa minum air yang telah dimasak ✅ Elakkan makanan mentah ✅ Percayakan deria anda dan amalkan lihat, hidu dan rasa ✅ Jaga kebersihan diri dan persekitaran ✅ Sentiasa cuci tangan dengan betul. Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir. #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
3
01:04
Video unavailableShow in Telegram
Rakyat Malaysia harus menukar gaya hidup kepada gaya hidup sihat kerana Malaysia akan menjadi negara yang menua menjelang 2030. - YAB Dato’ Seri Diraja Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
IMG_0608.MP45.26 MB
1
Photo unavailableShow in Telegram
🗳 PRU Dewan Undangan Sabah ke-17! Sebelum keluar mengundi, pastikan persekitaran kita bebas Aedes. 🦟 4 langkah mudah: ⿡ Bersihkan kawasan tempat berkempen. ⿢ Buang sampah sarap yang boleh jadi tempat pembiakan. ⿣ Sembur aerosol untuk hapus Aedes. ⿤ Pakai repelen untuk elakkan gigitan nyamuk. 💛 Pilihan di tangan anda! #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
Photo unavailableShow in Telegram
Jangan lupa.. Luangkan hanya 1 jam untuk hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Setiap tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa. 📸 Ambil gambar & kongsi di media sosial! ♻️ Gunakan hashtag: #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
1
01:20
Video unavailableShow in Telegram
Pada keseluruhannya, rakyat mahu hidup sihat. Menurut YB Menteri Kesihatan, terdapat lonjakan dalam penyakit tidak berjangkit (NCD). Oleh itu kita harus aktif daripada segi fizikal dan memberikan penekanan terhadap amalan gaya hidup sihat - YAB Dato’ Seri Diraja Dr Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
IMG_0607.MP46.74 MB
1
Photo unavailableShow in Telegram
Persediaan sebelum banjir bagi pesakit kronik. Sediakan perkara berikut semasa berpindah 📙 Buku rekod kesihatan 🎒 Keperluan Peribadi 💊 Bekalan ubat Dapatkan bantuan dari fasiliti kesihatan terdekat sekiranya terdapat pesakit yang memerlukan bantuan khas (pesakit terlantar) Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir. #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
3
Photo unavailableShow in Telegram
1 HARI LAGI! 🌍💧 #OneHourMalaysiaCleanUp semakin hampir! Jom kita bersiap sedia untuk membersihkan persekitaran - membersihkan kawasan rumah & hapuskan tempat pembiakan nyamuk serta kitar semula demi bumi yang lebih sihat. 🌿✨ 📅 Tarikh: 29 November 2025 (Sabtu) Luangkan hanya 1 jam untuk persekitaran yang lebih bersih! 💪✨ 📸 Ambil gambar & kongsi di media sosial! Gunakan hashtag: #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
1
Photo unavailableShow in Telegram
Jangan lupa.. Luangkan hanya 1 jam untuk hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Setiap tindakan anda boleh menyelamatkan nyawa. 📸 Ambil gambar & kongsi di media sosial! ♻️ Gunakan hashtag: #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...
8
Photo unavailableShow in Telegram
2 HARI LAGI! 🌍💧 #OneHourMalaysiaCleanUp semakin hampir! Jom kita bersiap sedia untuk membersihkan persekitaran - membersihkan kawasan rumah & hapuskan tempat pembiakan nyamuk serta kitar semula demi bumi yang lebih sihat. 🌿✨ 📅 Tarikh: 29 November 2025 (Sabtu) Luangkan hanya 1 jam untuk persekitaran yang lebih bersih! 💪✨ 📸 Ambil gambar & kongsi di media sosial! Gunakan hashtag: #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #MalaysiaSihat Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM t.me/sihatmilikbersama
Show all...