Nota Parenting Taufiq Razif
Kanalga Telegram’da o‘tish
173 799
Obunachilar
-3924 soatlar
-2317 kunlar
-1 02730 kunlar
Postlar arxiv
😩 Ibu selalu rasa diri tak berguna? 😔
"Ibu, rasa ‘aku ni tak guna’ tu… bukan tanda awak lemah.
Itu tanda awak terlalu lama menanggung beban sendirian."
Dalam psikologi, rasa tidak berguna sering datang bila:
🫷Terlalu banyak membanding diri
🫷Fokus hanya pada kekurangan
🫷Terputus dari sumber sokongan & penghargaan
Hakikatnya?
💡 Anak-anak tak perlukan ibu yang sempurna.
Mereka perlukan ibu yang hadir, walau dalam keadaan paling penat.
💌 Ibu, cuba ingat ini:
✔️ Rumah mungkin tak sentiasa kemas
✔️ Makan mungkin tak selalu mewah
✔️ Tapi pelukan & doa awak… itu dunia bagi anak-anak!
Di mata awak mungkin ‘biasa-biasa’.
Tapi di hati anak, awak adalah satu-satunya ‘rumah’ yang mereka damba🏡💛
#ibuTakPernahUseless
#NotaParentingTaufiqRazif
❤ 175😢 47👍 5😁 3
🥲 Selalu rasa diri ibu yang teruk? 🥲
"Ibu, awak selalu maafkan anak bila dia buat silap…
Tapi kenapa awak susah sangat nak maafkan diri sendiri?"
📌 Self-compassion = kemampuan untuk bercakap dengan diri sendiri seperti kita bercakap dengan orang yang kita sayang
🧠 Kajian psikologi menunjukkan :
Ibu yang ada self-compassion lebih tenang, kurang rasa bersalah berlebihan, dan lebih sabar dengan anak.
➡️ Sebab dia sedar dia pun manusia, bukan mesin yang sempurna.
💡 Latih self-compassion dengan:
✔️ Tukar kata-kata keras kepada kata yang lembut
✔️ Ingatkan diri: “Aku buat yang terbaik dengan ilmu & tenaga yang aku ada”
✔️ Beri ruang pada diri untuk berehat tanpa rasa bersalah
Ibu yang sayang diri,
akan lebih mudah sayang orang lain tanpa syarat. 💛
#NotaParentingTaufiqRazif
❤ 174😢 43👍 25🔥 3😁 1😱 1
🥵 Penatnya asyik marah anak? 🥵
"Kadang mak bukan marah sebab anak… tapi sebab luka lama yang tak pernah sembuh"
🧠 Dalam psikologi, bila otak kita sering hidup dalam mode berjaga-jaga (fight-or-flight mode), bahagian kawalan emosi (prefrontal cortex) jadi cepat penat.
➡️ Sebab tu walaupun kita tahu tak patut marah, mulut tetap terlepas.
Bukan sebab kita ibu yang jahat.
Tapi sebab kita ibu yang penat, tak sempat pulih, dan terlalu banyak memendam 😔
💡 Sebab tu kena cari jalan keluar :
✅ Cari cara nak rawat "luka dalaman" di dalam diri
✅ Cari cara untuk baiki semua "internal story" yang bergema dalam hati
✅ Cari cara terbaik untuk rehatkan diri walaupun serabut dan penat setiap hari
Ibu yang tenang bukan ibu yang tak pernah marah,
tapi ibu yang tahu bila perlu berhenti dan bila perlu rawat diri
#NotaParentingTaufiqRazif
❤ 192😢 68👍 33🔥 4
😫 Macam mana nak buat anak kuat semangat walau diuji? 😢
Itu yang kita panggil resilience iaitu keupayaan anak untuk bangkit semula selepas jatuh
🧠 Dalam otak, resilience terbina bila:
✅ Anak rasa selamat walau ada cabaran
✅ Ada role model yang tenang & positif
✅ Otak belajar kawal emosi melalui pengalaman sebenar (prefrontal cortex + amygdala bekerjasama)
💡 Cara mak ayah boleh tanam resilience:
✔️ Biarkan anak cuba sendiri walau lambat
✔️ Dengar dulu perasaan dia sebelum beri solusi
✔️ Ceritakan kisah bangkit semula dalam hidup kita
Anak yang resilient bukan anak yang tak pernah jatuh,
tapi anak yang boleh bangun kembali sebab tahu mak ayah akan selalu ada di sisi 🌱
#NotaParentingTaufiqRazif
❤ 156👍 22
🙋 Siapa ada anak darjah 6? 🙋
1. Exam dah dekat sangat cuma kita kena tahu ada 3 subjek paling killer untuk anak tahun 6 ni iaitu :
i. Matematik
ii. Sains
iii. Bahasa Inggeris
2. Subjek matematik ni pula paling ramai murid tahun 6 gagal sebab tak faham 2 benda ni :
i. Tak faham format & teknik untuk jawab kertas exam
ii. Tak faham topik PALING SUSAH dalam matematik iaitu Wang, Masa & Waktu, Panjang Jisim & Isipadu dan last sekali topik Ruang
Ok hari sabtu ni pusat tuisyen saya ada buat bengkel dari pagi sampai petang untuk cover semua masalah di atas tu
Ada cikgu berpengalaman akan ajar teknik jawab soalan & cover kesemua topik paling susah tu
Supaya anak kita boleh Skor A dalam subjek matematik diorang 🎉
Ni je harapan kita ada sekarang sebab exam dah dekat sangat dah ni. Daftar anak cepat-cepat ya takut terlepas pandang 👇
https://ptz.onpay.my/order/form/BKOM/136
❤ 63
🤨Anak pandai je, cukup tak? 🤨
👉 Nak anak berjaya bukan cukup bijak saja tapi kena ada grit."
Grit = gabungan ketekunan + minat jangka panjang terhadap sesuatu matlamat.
Konsep ini diperkenalkan oleh Dr. Angela Duckworth, profesor psikologi di University of Pennsylvania, yang mengkaji ribuan pelajar, atlet, dan individu berprestasi tinggi.
➡️ Hasil kajiannya: Anak yang ada grit selalunya mengatasi anak yang hanya bergantung pada bakat semata-mata.
🧠 Dalam otak, grit terbina bila:
✅ Anak belajar terus cuba walau gagal
✅ Dapat sokongan emosi ketika susah
✅ Ada matlamat yang jelas & bermakna bagi dirinya
💡 Cara mak ayah boleh tanam grit:
✔️ Puji usaha, bukan hasil semata
✔️ Ceritakan kisah orang yang berjaya kerana tak putus asa
✔️ Bantu anak tetapkan target kecil & capai satu demi satu
Bakat bawa anak untuk mula.
Tapi Grit bawa anak sampai ke garisan penamat. 🏁
Best kan ilmu ni?
#NotaParentingTaufiqRazif
❤ 155👍 46🔥 4😢 3
🥵 Kenapa anak susah hafal surah, sifir, atau fakta penting? 🥵
🧠 Sebab hafazan bukan tentang ulang semata-mata.
Ia tentang otak yang bersedia, emosi yang stabil, dan cara yang sesuai.
Kajian menunjukkan :
✅ Otak hafal lebih kuat bila ada positive emotions
✅ Ulangan berkala (spaced repetition) bantu pindahkan info ke long-term memory
✅ Visual, gerakan & suara aktifkan lebih banyak bahagian otak jadi memori tahan lebih lama
💡 Nak hafalan anak lebih kuat?
✔️ Jadikan hafazan waktu yang seronok & santai
✔️ Bagi ruang anak ulang ikut gaya dan cara belajar dia
✔️ Peluk, senyum & puji sebab otak suka belajar bila hati tenang
Memori anak bukan hardisk yang kita boleh simpan memori sesuka hati kita
Memori anak ni umpama ladang yang tumbuh bila disiram dengan kesabaran, bukan paksaan. 🌱
#NotaParentingTaufiqRazif
❤ 203👍 29🔥 2🤩 1
🫤 Anak saya ni tak pandai ke ek? 🫤
Mak ayah jangan macam tu. Setiap anak ni dia ada Developmental Timeline yang tersendiri..
Ada anak yang otaknya laju bersambung & berkembang. Ada anak yang ambil masa..
Yang ambil masa ni lah yang dipanggil anak Late Bloomer :
👨🎓Bermula perlahan
👩🔬 Perlahan-lahan boleh catch-up semula
👨🎓 Lagi-lagi bila diberikan sokongan emosi
👨🚒 Dan juga kepercayaan daripada ibubapanya
Percayakan anak dan terus berdoa ye mak mak semua. Boleh? Kalau boleh cuba bagi ❤️ banyak sikit
#NotaParentingTaufiqRazif
❤ 389👍 12🔥 7
Photo unavailableShow in Telegram
🎉 Ni ada pengumuman TERBESAR buat mak ayah semua 🎉
Exam anak darjah 6 dah dekat sangat kan? Jadi Pusat Tuisyen saya (PTZ) ada buat bengkel Pagi-Petang Skor A Matematik untuk anak Darjah 6
✅ Ada 2 org tenaga pengajar yang pakar akan ajar anak kita nanti di dalam bengkel pagi hingga petang tu. Sorang doktor PHD dgn pengalaman 14 tahun mengajar & sorang lagi pemilik pusat tuisyen yang dah proven jadikan ramai pelajar gagal matematik akhirnya dapat A dalam matematik!
✅ Dalam tu bengkel tu juga akan diajar teknik jawap soalan KBAT math lagi lagi untuk anak darjah 6 yang nak ambil exam PKSK untuk masuk ke sekolah SBP, MRSM dan sebagainya
✅ Paling best nanti akan ada cabutan bertuah bernilai RM5000. Daftar je anak terus automatik masuk dalam cabutan bertuah tu. Mana la tahu ni rezeki kita kali ni kan
Daftarkan anak di sini terus ya sebelum penuh 👇👇👇
https://ptz.onpay.my/order/form/BKOM/136
#notaparentingTaufiqRazif
❤ 41👍 4😢 2
😔 Rasa overwhelmed sangat dengan ujian? 😔
Kadang dia dah terlampau banyak diuji dengan pelbagai ujian..
👉 Ok je untuk "take some rest" sebentar
Jenis-jenis rehat :
Rehat sosial 👉 duduk bersendirian dalam bilik atau makan aiskrim sendirian dalam kereta
Rehat sensory 👉 Off hp, stop layan customer kejap, matikan notification hp sekejap
Rehat nature 👉 Cari port berkelah tepi air terjun ke pantai ke atau ke nursery sambil cari pokok indoor plants untuk hiasan dalam rumah ke
Rehat rohani 👉 Cari kelas agama, join geng tadabbur Al Quran atau dengar podcast/ceramah agama
Dan bermacam lagi
If you get tired, learn to rest. Not to quit#notaparentingTaufiqRazif
❤ 219👍 57🔥 9😢 5🤩 3
Lama tak tanya khabar mak² semua. Apa khabar..semua ok ke? 👋Anonymous voting
- Semua ok Alhamdulillah
- Ada ujian kewangan sikit
- Ada ujian emosi sikit
- Ada ujian kesihatan sikit
- Ada ujian anak anak sikit
- Ada ujian pasangan sikit
- Semua di atas
❤ 155👍 15😢 14
😭 Dulu anak kemain nak ikut keluar sekali, sekarang dah remaja dia rela duduk dalam bilik je? 😭
Mak ayah mula rasa..
"Anak aku makin jauh hati"
tapi hakikat sebenarnya..
Anak remaja tu sedang bina identiti sendiri
🧠 Dalam otak anak remaja tu, 'social brain' mereka sedang aktif
Mereka mula fokus pada :
🔺 kawan-kawan
🔺 pergaulan
🔺 trend terkini
🔺 pendapat sendiri
Itu semua tanda otaknya sedang membesar, bukan tanda dia tak sayang mak ayah
Apa mak ayah boleh buat?
👉 Bagi anak ruang
👉 Teruskan ajak dia bersama keluarga, tapi jangan paksa
👉 Tunjukkan minat pada dunia anak remaja kita tu
Anak remaja kita tu bukan menjauhkan diri. Dia sedang belajar membina identiti. Harap mak ayah tetap teguh di belakangnya walau apa pun terjadi#notaparentingTaufiqRazif
❤ 202👍 69
🥵 "Anak saya malas sangat nak buat kerja sekolah. Dah suruh, masih bertangguh."🥵
Tapi tahu tak?
📌 Otak anak bawah 12 tahun belum cukup matang untuk urus motivasi dalaman.
Prefrontal cortex (pusat kawalan diri & perancangan) masih dalam proses berkembang.
Maknanya?
Anak bukan malas. Otak dia memang belum cukup kuat untuk lawan godaan dansifat suka bertangguh.
Dia perlukan struktur, bukan sekadar bebelan.
❤️ Jadi apa boleh buat?
✅ Pecahkan tugasan besar kepada baby steps (Contoh: “Jom buat 3 soalan je dulu”)
✅ Beri sokongan emosi: “Nampak susah sikit ya? Takpe, mama temankan”
✅ Puji usaha, bukan hasil. Otak suka ganjaran emosi
Anak kita bukan pemalas.
Dia cuma perlukan sistem yang sesuai dengan otak yang sedang berkembang
#NotaParentingTaufiqRazif
👍 167❤ 106🔥 11
Kenapa anak susah ingat apa yang dia dah belajar?
🧠 Sebab memori tak terbina masa belajar saja, tapi juga selepas belajar
Dalam otak, maklumat baru ‘diparking’ dahulu dalam hippocampus, iaitu pusat ingatan sementara. Tapi kalau nak kekal lama dalam otak, otak perlu:
✅ Latih tubi & repetitions 👉 bantu kukuhkan laluan saraf
✅ Tidur yang cukup 👉 semasa deep sleep, otak pindahkan info ke memori jangka panjang
✅ Emosi positif 👉 belajar dalam suasana tenang & gembira mudahkan otak simpan info
📌 Tapi kalau anak:
❌ Tak buat latihan ulangan/ latih tubi
❌ Tidur tak cukup
❌ Belajar dalam tekanan
➡️ Maklumat susah lekat. Otak tak sempat kukuhkan memori
Nak anak ingat kuat? Bukan paksa belajar semata tapi bantu otaknya bekerja dengan natural rhythm yang Allah dah cipta: cukup tidur, suasana belajar yang tenang, dan selalu buat latihan ulangan & latih tubi
#NotaParentingTaufiqRazif
❤ 156👍 65🔥 8🤩 5😁 2
😮💨 Macam mana nak bagi anak rajin belajar? 😮💨
Jawapannya bukan rotan. Bukan marah. Bukan paksa.
🧠 Kajian neurosains menunjukkan :
Motivasi anak banyak dipacu oleh hormon DOPAMIN
➡️ Tapi dopamin tak keluar bila belajar itu dirasa membosankan, menakutkan atau membebankan ☠️
Jadi nak anak rajin belajar, cuba:
✅ Wujudkan rasa seronok & bermakna dalam belajar
✅ Beri pujian kecil untuk usaha, bukan hasil
✅ Jadikan belajar sebagai satu “rewarding experience” bukannya hukuman
📌 Bila anak rasa “Aku boleh buat” dan “Ini menyeronokkan”,
➡️ Otak mula kaitkan belajar dengan dopamin.
➡️ Dari situ, semangat belajar lahir dari dalam, bukan paksaan luar.
Anak rajin bukan lahir dari paksaan. Tapi dari emosi yang selamat dan otak yang teruja
❤ 160👍 55🤩 3
🙋 Ada mak ayah nak buat income lumayan sambil bagi manfaat pada orang lain? 🙋
InsyaAllah kita sama sama sebarkan manfaat pendidikan anak² tapi pada yang sama boleh buat income ratusan hingga ribuan ringgit sebulan bersama Pusat Tuisyen Zifzan saya
Kalau berminat boleh join group whatsapp ni ya 👇
https://chat.whatsapp.com/C5ptGUMXyPg7qoZ9AZAn3O?mode=ac_t
p/s : Cukup 1000 orang, kita mungkin tutup tau sebab group tu muat 1000 orang je 😅
👍 64❤ 25
🤓 Nak anak cepat faham? Suruh dia ajar adik dia!🤓
🧠 Dalam neurosains, ada satu teknik dipanggil "The Protégé Effect":
➡️ Bila kita ajar orang lain, otak kita sendiri akan faham lebih dalam dan ingat lebih lama.
Sebab bila nak ajar, anak kena:
✅ Susun balik maklumat dalam otak dia
✅ Dia kena faham betul-betul dulu supaya boleh terangkan balik apa yang dia dah belajar
Jadi lepas anak belajar sesuatu:
👉 Suruh dia ajar balik adik, kawan, atau mak ayah pun boleh!
Mengajar = belajar kali kedua, dengan sambungan neuron otak yang lebih kukuh!#NotaParentingTaufiqRazif
👍 163❤ 77🤩 11
😑 Anak cepat lupa bila belajar? 😑
👉 Cuba aktifkan lebih banyak deria dia
🧠 Otak kita belajar lebih cepat bila banyak deria terlibat serentak
ini dipanggil multi-sensory learning
Contoh:
👀 Tengok (gambar/video)
👂 Dengar (ritma/suara)
🖐 Tulis, sentuh, gerak
🗣 Sebut kuat-kuat
Bila semua deria aktif, lebih banyak bahagian otak terlibat, sambungan neuron jadi kuat & tahan lama. Ingatan anak pun jadi lebih kuat dan hebat
Belajar bukan cuma dengan mata & telinga. Gunakan seluruh tubuh. Barulah otak menyala!#NotaParentingTaufiqRazif
👍 123❤ 70😁 2
🥺 Anak asyik berangan je bila belajar? 🥺
Yang ni kelakar. Sebab sebenarnya anak kita sedang mengalami Mind-Wandering je tu ketika belajar.
Apa tu?
Mind- wandering ni adalah anak kita dah hilang fokus dah dan fikirannya melayang entah ke mana. Biasalah tu budak-budak kan tapi ada je cara nak bagi dia kurang sikit "berangan" ketika belajar :
🤓 Banyakkan KUIZ & Soalan
🤓 Bagi dia peluang untuk bergerak sikit. Jangan marah kalau dia tak duduk diam sangat
🤓 Bagi dia rehat juga. Anak kita ni ada attention span yang tersendiri. Kalau belajar lama sangat nanti habis juga attention span dia. Bila dah habis, mula la dia jadi "berangan" balik
Jadi sekarang mak ayah semua dah tahu la kan apa tips & trick nak anak jadi lebih fokus ketika belajar kan? Kalau dah tahu ni share la ilmu ni pada mak ayah yang lain juga
#NotaParentingTaufiqRazif
👍 136❤ 85
❤️ Ramai mak mak minta saya sambung post semalam. So here we go ❤️
Bila kita asyik triggered dengan perangai anak, sebenarnya badan kita tengah bagi signal:
"Eh, ada luka lama yang belum sembuh ni..."
😢 Mungkin dulu masa kecil kita tak diberi ruang untuk rasa marah
😢 Mungkin dulu kita pernah dimarahi sebab menangis
😢 Mungkin dulu kita selalu dipersalahkan bila buat silap kecil
Bila emosi lama tak diproses, ia tersimpan dalam memori bawah sedar.
Dan bila anak buat perangai, ia bukan sekadar kita nampak anak…
Kita juga terpanggil semula memori lama yang menyakitkan.
Apa kita boleh buat?
👉 Belajar self-compassion : “Aku bukan ibu yang sempurna, tapi aku berusaha.”
👉 Ambil masa regulate diri dulu sebelum betulkan anak
👉 Belajar "repair connection" lepas marah. Ini lebih penting dari marah tu sendiri
👉 Buat writing therapy. Belajar untuk kenal diri melalui penulisan. Menulislah wahai ibu.
Ada ke yang nak belajar bab writing therapy ni? Kalau banyak ❤️ mungkin saya pertimbangkan insyaAllah
#NotaParentingTaufiqRazif
❤ 418👍 38😢 28
