es
Feedback
Nota Redza Zainol

Nota Redza Zainol

Ir al canal en Telegram

Ilmu eksklusif kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu keibubapaan.

Mostrar mΓ‘s
144 297
Suscriptores
-3124 horas
-2067 dΓ­as
-56830 dΓ­as
Archivo de publicaciones
πŸ₯° Anak nak masuk darjah 1? πŸ“ Kemahiran Sosioemosi – Faham perasaan diri sendiri – Faham perasaan orang lain – Boleh menyatakan apa yang dia mahu – Kawal dan urus emosi sendiri – Cuba selesaikan konflik πŸ“ Kemahiran Bahasa – Faham arahan – Bercakap, bercerita, menulis – Kemahiran mendengar πŸ“ Kuasai kemahiran motor halus (fine motor) πŸ“ Berdikari – Uruskan bekal makanan – Pakai kasut – Pergi tandas sendiri – Kemas barang sendiri – Berani bertanya Ini antara checklist kemahiran yang anak perlu ada sebelum masuk darjah 1. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Mostrar todo...
❀ 152πŸ‘ 56πŸ’˜ 6πŸ‘ 2πŸ₯° 1
πŸ₯° 3 perkara yang anak akan ingat sampai bila-bila. πŸ‘‰πŸ» Anak takkan ingat berapa banyak mainan yang dia ada atau berapa mahal kereta kita. Tapi anak akan ingat.. πŸ“ Ada ke kita luang masa bermain dengan dia. πŸ“ Tradisi yang kita bina dan amalkan dalam keluarga. πŸ“ β€˜Life skills’ yang kita ajarkan pada mereka. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Mostrar todo...
❀ 194πŸ‘ 33πŸ’˜ 11πŸ₯° 9πŸ”₯ 2πŸ† 1
πŸ˜₯ Tanda anak ada masalah pembelajaran (learning difficulties) πŸ“ Lambat kuasai kemahiran asas seperti mengeja, menulis dan membaca. πŸ“ Tak dapat fokus untuk selesaikan tugasan. πŸ“ Tak dapat ikut arahan 2-3 langkah. πŸ“ Lemah tentang konsep masa. πŸ“ Kemahiran β€˜fine motor’ lemah seperti tak mahir pegang pensel, menggunting atau memakai baju sendiri. Pekalah dengan perkembangan anak anda. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Mostrar todo...
❀ 84πŸ‘ 41πŸ₯° 4πŸ”₯ 1πŸ‘ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Berita gembira untuk semua pencinta Teroka Sains! πŸ’₯ πŸ’₯ πŸ‘‰ Selepas 11 buku yang mengujakan dan membuka mata anak-anak tentang keajaiban alam ciptaan Tuhan, siri Teroka Sains kembali dengan DUA buku baru yang lebih mengagumkan. πŸ“˜ Teroka Sains 12: Kenapa Tu, Kenapa Ni, Masih Nak Tahu! πŸ“— Teroka Sains 13: Kod Rahsia Dalam Badan Anda ✨ Antara perkara menarik yang anak akan pelajari: β€’ Kenapa badan kita memerlukan air? β€’ Kenapa awan boleh terapung di udara? β€’ Apa itu β€œkod rahsia” yang menentukan rupa dan keunikan diri mereka? πŸ’₯ Harga Kombo: RM60 (harga asal RM70) πŸ“… Penghantaran bermula 30 November 2025 πŸ›’ Tempah sekarang di: www.terokasains.com Dapatkan sekarang sebelum terlambat! #TerokaSains
Mostrar todo...
πŸ‘ 36❀ 29πŸ‘ 6πŸ₯° 3πŸ”₯ 2🀯 2🀩 2
πŸ₯Ή Adakala terasa gagal sebagai ayah. Berat amanah yang diberi kepada ayah. 1. Sebagai penunjuk arah (guiding). β€’Bila ayah membuka bicara, dia ajak dan tunjuk inilah jalan yang anaknya patut pilih. 2. Mengajar dengan hikmah. β€’Hikmah itu bukan marah-marah. β€’Hikmah adalah cara menyampaikan yang buat anak rasa dihargai dan mahu mendengar. 3. Ayah sebagai model disiplin dan akhlak. 4. Ayah sebagai tempat anak berpaut.
Ayah tak sepatutnya jadi watak yang ditakuti, tapi tempat anak rasa selamat untuk bertanya, mengadu dan belajar. πŸ₯°
#NotaRedzaZainol #DidikAnak
Mostrar todo...
❀ 129πŸ‘ 23πŸ₯° 4🀩 3πŸ† 3😁 2🀯 1
πŸ₯° Apa yang mak ayah perlu didik anak sebelum mereka jadi remaja? πŸ‘¨πŸ»β€πŸŽ“ Ajar anak kawal emosi marah. πŸ‘¨πŸ»β€πŸŽ“ Ajar anak untuk luah perasaan marah dengan cara selamat. πŸ‘¨πŸ»β€πŸŽ“ Ajar anak empati dan melihat daripada perspektif orang lain. πŸ‘¨πŸ»β€πŸŽ“ Ajar anak tentang belas kasihan. πŸ‘¨πŸ»β€πŸŽ“ Ajar anak sifat ringan tulang. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Mostrar todo...
❀ 200πŸ‘ 52πŸ₯° 9
πŸ₯° Kenapa nak libatkan anak kecil dalam rutin harian? πŸ‘‰πŸ» Banyak aktiviti harian anak sebenarnya boleh melatih otot halus tanpa kita sedar. πŸ“ Kancingkan butang baju sendiri πŸ“ Buka & tutup bekas makanan πŸ“ Lap meja kecil lepas makan πŸ“ Susun baju dalam almari πŸ“ Pulas penutup botol air πŸ“ Gosok gigi sendiri πŸ“ Susun mainan kecil ikut warna atau bentuk Tips : Libatkan anak dalam rutin harian. Sebab makin banyak mereka buat sendiri β€”> makin kuat otot halus dan semakin tinggi keyakinan diri. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Mostrar todo...
πŸ‘ 131❀ 83πŸ”₯ 5πŸ₯° 4πŸ‘ 3
πŸ₯° Nak buat aktiviti mudah untuk latih otot halus anak usia 2-5 tahun? πŸ“ Gunting kertas (guna gunting keselamatan) πŸ“ Main doh / plastisin πŸ“ Guna penyepit ambil benda kecil (tweezer for kids) πŸ“ Tampal & koyak kertas πŸ“ Mengikat tali kasut πŸ“ Menyusun puzzle kecil πŸ“ Mengacau bancuhan (contoh: tepung) πŸ“ Menguli doh roti / chapati πŸ“ Menyusun syiling dalam tabung mengikut saiz πŸ“ Mengikat & membuka butang baju πŸ“ Memasang & membuka lego kecil / blok binaan πŸ“ Melukis garisan / bentuk ikut template πŸ“ Menuang air ke dalam bekas kecil tanpa tumpah πŸ“ Memicit botol kecil (contoh botol gam) πŸ“ Kupas kulit buah (pisang, oren, telur rebus) πŸ“ Memindahkan bola kecil guna sudu ke bekas lain πŸ“ Mengelap meja kecil sendiri #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Mostrar todo...
πŸ‘ 148❀ 83πŸ₯° 3πŸ† 3πŸ‘ 2😁 1
🚩 Red Flags untuk motor halus kanak-kanak usia 5 tahun. 🐹 Masih tak boleh lukis bulatan atau garisan lurus. 🐹 Tak mampu masukkan benang ke dalam manik-manik kecil 🐹 Masih tak boleh menyarungkan seluar, stokin dan kasut. 🐹 Tak mampu memegang pensel atau krayon dengan betul. 🐹 Tak dapat menggunting kertas dengan lurus. 🐹 Tak dapat menyuap makanan menggunakan sudu. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Mostrar todo...
πŸ‘ 132❀ 42πŸ’˜ 6πŸ‘ 2🀩 2πŸ† 2
πŸ₯Ή Anak lambat menulis & cepat penat pegang pensel? πŸ“ Mungkin kemahiran motor halusnya belum cukup baik. πŸ“ Fine motor = kemahiran guna otot halus di tangan dan jari. πŸ“ Motor halus penting untuk: β€’ menulis β€’ makan sendiri β€’ pakai baju β€’ menggunting β€’ mewarna & melukis Kalau perasan anak lambat kemahiran motor halus ni, mak ayah perlu bantu latih setiap hari. Jangan tunggu sampai darjah 1. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Mostrar todo...
❀ 101πŸ‘ 44πŸ’˜ 4πŸ‘ 2🀩 2
Video lengkap cara latih anak usia 2 tahun supaya boleh gabung 2 perkataan jadi 1 ayat pendek. πŸ‘‰πŸ» https://vt.tiktok.com/ZSrWu4Emq/
Mostrar todo...
πŸ‘ 23❀ 15πŸ₯° 13
πŸ₯° Nak latih anak tidur malam awal? πŸ“ Sejak kecil anak dah tahu pukul berapa perlu tidur. πŸ“ Sejak kecil, anak dah ada rutin sebelum tidur. Contohnya - solat isyak - baca buku yang santai - kemas beg - β€œsmall talk” dengan anak dan akhirnya tidur. πŸ“ Susun aktiviti harian anak supaya dia penat. πŸ“ Tak beri anak tidur lewat petang. πŸ“ Tutup sebahagian lampu bila sampai masa tidur. πŸ“ Luang masa dengan anak sebelum semua tidur. πŸ“ Masa anak kecil dulu, saya banyak bercerita dengan anak sebelum tidur. Aktiviti tu anak sangat nantikan. πŸ“ Perbaiki β€œCulture/ rutin” waktu malam. Tak ada TV/ gajet. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Mostrar todo...
❀ 152πŸ‘ 79πŸ₯° 10πŸ’˜ 3🀩 2πŸ”₯ 1
Photo unavailableShow in Telegram
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir & batin. Jika ahli keluarga anda di Kuantan perlukan rawatan di klinik, jemput datang ke klinik saya. Klinik dibuka 24 jam.
Mostrar todo...
❀ 41πŸ‘ 33πŸ₯° 16🀩 3πŸ‘ 2
Lusa dah Raya! Peluang untuk jimat ratus ringgit bila edit gambar raya guna Canva. 118 Template Canva Poster Raya Aidilfitri dan Aidiladha Premium + 5 Video Animasi. Edit tu tak sampai 10 minit dah beres. β€’ Ada background cantik β€’ Font tulisan premium β€’ Susun atur dah kemas Cuma letak gambar keluarga dan tukar nama je, dah setel! Video tutorial untuk edit template Canva ini juga disediakan. Dapatkan segera sebelum harga naik. πŸ‘‰πŸ» https://templatemudah.com/order/form/TPR_P/399
Mostrar todo...
πŸ‘ 26❀ 10🀩 4πŸ₯° 2
😒 Musim raya jadi pentas untuk membandingkan anak? πŸ“ Kita rasa yang anak tak perasan yang kita saling membanding. πŸ“ Perkara yang kita rasa kecil, tapi anak sangat terasa bila kata-kata itu keluar daripada mulut mak ayah. πŸ“ Sekali saja mak ayah pilih seorang anak itu sebagai lebih pandai atau lebih β€˜talented’, itulah yang anak akan ingat. πŸ“ Anak mungkin tak kata apa, tapi hati itu sakit. πŸ“ Mereka membesar dan sentiasa berfikir β€œwhy they were not enough”? πŸ“ Kenapa adik beradik lain dapat lebih… lebih kasih sayang.. lebih pujian.. lebih banyak masa bersama.
Berlaku adil pada semua.
#NotaRedzaZainol #EdisiRaya
Mostrar todo...
❀ 107πŸ‘ 58πŸ’˜ 8πŸ₯° 3πŸ† 2😁 1
Photo unavailableShow in Telegram
https://www.facebook.com/share/p/1DBao2TGyW/?mibextid=wwXIfr πŸ‘†πŸ» Sekolah cari dana untuk bina surau baru.
Mostrar todo...
πŸ‘ 6❀ 3
Nasihat Kesihatan untuk Raya (Sambungan) 7. Kemasukan kanak-kanak ke wad disebabkan jangkitan paru-paru (Pneumonia) meningkat semasa musim raya. 8. Pastikan mainan bersaiz lebih besar daripada penutup botol air mineral untuk elak risiko anak tercekik. 9. Tukar lampin bayi setiap 3-4 jam. Kadang-kadang perjalanan jauh dan terlupa nak tukar lampin menyebabkan berlaku ruam lampin. 10. Jangan suap bayi bawah usia 6 bulan dengan air manis. Cukup dengan susu ibu atau susu formula. 11. Jangan goncang bayi kuat-kuat. Ia boleh menyebabkan pendarahan dalam otak (Shaken Baby Syndrome). 12. Rancang perjalanan anda supaya bayi boleh dapat tidur yang mencukupi antara 14-17 jam sehari. #NotaRedzaZainol #EdisiRaya
Mostrar todo...
πŸ‘ 90πŸ₯° 25❀ 21🀩 1
Nasihat Kesihatan untuk Raya 1. Jangan bawa anak pergi beraya di rumah orang lain jika anak ada ruam pada tangan, kaki dan mulut. HFMD mudah berjangkit. 2. Perhati anak kecil berdekatan kolam air. Anak kecil boleh lemas dalam air sedalam 2.5cm. 3. Bawa siap-siap ubatan asas seperti ubat demam dan picagari sebelum balik kampung. 4. Jangan biarkan orang yang tak sihat cium muka atau tangan bayi anda. Bayi mudah terkena jangkitan seperti RSV dan Influenza. 5. Musim raya memang ramai anak yang cirit-birit. Berilah anak anda air garam ORS untuk ganti kehilangan garam dan air dalam badan. 6. Asap bunga api boleh cetuskan sesak nafas atau serangan asma pada kanak-kanak. Main berpada-pada. #NotaRedzaZainol #EdisiRaya
Mostrar todo...
πŸ‘ 155❀ 23πŸ₯° 6πŸ† 2🀯 1
πŸ₯° Apa yang anak usia 1-3 tahun perlukan? πŸ“ Anak yang lasak, tak bermaksud anak itu nakal. πŸ“ Anak menangis, tak bermaksud anak itu mengada-ngada. πŸ“ Anak ada tempoh yang singkat untuk belajar: β€’ skil motor halus (fine motor) β€’ bercakap dan cara ikut arahan β€’ kenal dan urus emosi β€’ skil motor kasar (gross motor) β€’ cara urus diri sendiri Sebab tu, anak perlu bimbingan dan bukan hukuman. #NotaRedzaZainol #DidikAnak
Mostrar todo...
πŸ‘ 88❀ 44πŸ₯° 23🀯 1
10 hari lagi dah nak Raya! Sahabat saya, tuan Hilmi ada ajarkan cara buat bisnes poster ucapan Raya guna Canva dari rumah sahaja. Sebanyak 118 Template Canva Poster Raya Aidilfitri dan Aidiladha Premium + 5 Video Animasi disediakan. β€’ Template boleh digunakan berulang kali tanpa had β€’ Guna Canva free β€’ Ada background cantik β€’ Font tulisan premium β€’ Susun atur dah kemas Cuma nak letak gambar keluarga dan tukar nama je, dah setel! Video tutorial untuk edit template Canva ini juga disediakan. Pilih pakej RM69. Dapatkan segera sebelum link ditutup: πŸ‘‰πŸ» https://templatemudah.com/order/form/TPR-2025/399
Mostrar todo...
πŸ‘ 22❀ 9πŸ₯° 3πŸ’˜ 1