ar
Feedback
CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia

الذهاب إلى القناة على Telegram

Crisis Preparedness and Response Center, Ministry of Health Malaysia

إظهار المزيد
397 654
المشتركون
-6124 ساعات
-6247 أيام
-2 89330 أيام
أرشيف المشاركات
Photo unavailableShow in Telegram
Melioidosis disebabkan jangkitan bakteria Burkholderia Pseudomallei dan boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Individu boleh dijangkiti melalui pendedahan secara langsung dengan tanah atau air tercemar atau menyedut debu / titisan air yang tercemar. Kepada petugas yang memberi bantuan semasa banjir, pakai peralatan perlindungan diri yang bersesuaian. Dapatkan rawatan segera jika bergejala. Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #MalaysiaSihat
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram
Kesesakan di pusat pemindahan banjir boleh meningkatkan risiko jangkitan saluran pernafasan. Cegah jangkitan saluran pernafasan semasa banjir dengan ➡ Elak berdekatan dengan mereka yang mempunyai simptom seperti batuk atau bersin ➡ Amalkan etika batuk dan bersin yang betul ➡ Jaga kebersihan diri dan persekitaran ➡ Cuci tangan menggunakan air dan sabun atau pensanitasi tangan ➡ Gunakan tisu untuk membuang kahak ➡ Asingkan mangsa banjir yang mempunyai gejala ➡ Pakai pelitup muka jika bergejala atau berada di tempat sesak Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami masalah kesihatan. Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir. #MalaysiaSihat
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram
Pendedahan kepada air banjir yang tercemar boleh menyebabkan penyakit kulit. Elak daripada terdedah dengan air banjir jika mempunyai luka. Dapatkan rawatan segera jika terdapat bendasing pada luka, gigitan binatang atau luka membengkak, kemerahan, bertambah sakit atau mengalami demam. Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan bahan pendidikan kesihatan berkaitan banjir. #MalaysiaSihat
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram
Antara tip keselamatan makanan semasa banjir yang perlu diamalkan. ✅ Sentiasa minum air yang telah dimasak ✅ Elakkan makanan mentah ✅ Percayakan deria anda dan amalkan lihat, hidu dan rasa ✅ Jaga kebersihan diri dan persekitaran ✅ Sentiasa cuci tangan dengan betul. Layari https://infosihat.moh.gov.my/banjir.html untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai banjir. #MalaysiaSihat
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 : 𝐀𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐁𝐔𝐓 𝐓𝐑𝐎𝐏𝐈𝐊𝐀 (𝐒𝐄𝐍𝐘𝐀𝐑) | 𝟐𝟕 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Ribut Tropika, Amaran Hujan Berterusan serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berkuat kuasa dari 27 - 29 November 2025. MET Malaysia akan terus memantau perkembangan ribut tropika ini dan mengemas kini maklumat berdasarkan keadaan semasa. Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti maklumat, ramalan serta amaran cuaca terkini melalui laman web MET Malaysia, aplikasi myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline 1-300-22-1638. #metmalaysia #NRES #monsuntimurlaut #caknacuaca #MADANIBekerja #senyar #MalaysiaMadani
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram
Persediaan awal adalah kunci dalam mengurangkan risiko bencana. Pastikan dokumen penting, peralatan kecemasan dan pelan tindakan telah disediakan sebelum musim banjir
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram
𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐑𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 Luruan monsun yang berlaku akibat letusan udara bertekanan tinggi di Siberia (H) dan pertembungan angin ke rantau negara dijangka membawa impak cuaca signifikan. Kesan utama luruan monsun adalah peningkatan hujan lebat berterusan, angin kencang dan ombak besar, terutamanya di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Orang awam dan semua pihak berkepentingan dinasihatkan untuk sentiasa peka dan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya. Sila dapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia (www.met.gov.my) dan aplikasi myCuaca. #metmalaysia #NRES #monsuntimurlaut #caknacuaca #MalaysiaMadani
إظهار الكل...
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia KKM Sedia Membantu: Memperkukuh Kesiapsiagaan Hadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #METMalaysia #SiagaBencana #MonsunTimurLaut
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram
Pemberian Imunisasi Measles Rubella (MR) Percuma Kepada Semua Kanak-Kanak Bawah 5 Tahun. Ibu bapa jangan ketingggalan untuk dapatkan imunisasi tambahan Measles Rubella (MR) bagi perlindungan demam campak untuk anak-anak anda . Tinggal berbaki 10 hari saja lagi sebelum perkhidmatan ini berakhir. Ayuh kunjungi klinik kesihatan terdekat atau dapatkan slot janji temu melalui MySejahtera.
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram
RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN Analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara bermula pada 24 November 2025 dan berterusan sehingga 27 November 2025. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan lebat berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh berkenaan. Pada masa yang sama, angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di Laut China Selatan. Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) Masa dikeluarkan: 3.45 petang Tarikh: 20 November 2025 #ramalancuacasignifikan #metmalaysia #NRES #MalaysiaMADANI
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
AMARAN HUJAN BERTERUSAN 🌧️🌧️🌧️ AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis • Kedah • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) • Kelantan • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) dalam tempoh Rabu, 19 November 2025 sehingga Jumaat, 21 November 2025. Dikeluarkan pada: 1:00 tengah hari, 17 November 2025 #amaranhujanberterusan #metmalaysia #NRES #MalaysiaMADANI
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram