ar
Feedback
Kisah-kisah dalam Al-Quran

Kisah-kisah dalam Al-Quran

الذهاب إلى القناة على Telegram

Ilmu itu milik Allah. Banyak pengajaran boleh diperolehi di dalam Al Quran. Tadabburlah setiap ayat di dalam Al Quran, InsyaAllah kita pasti selamat di dunia dan akhirat. Boleh share, copy and paste semua kisah dalam telegram ini.

إظهار المزيد
2025 عام في الأرقامsnowflakes fon
card fon
16 925
المشتركون
-224 ساعات
-207 أيام
-5930 أيام
أرشيف المشاركات
Kuiz 226 Ayat diatas berkenaan apa?Anonymous voting
  • A. Orang Islam yang masih tidak mahu berhijrah ke Madinah
  • B. Penduduk Madinah yang tidak mahu menyertai Perang Badar
  • C. Orang Islam yang tidak mahu mengikuti Nabi bagi membuat Haji sebelum pembukaan Mekah
  • D. Penduduk Madinah yang tidak mahu menyertai Perang Tabuk
  • E. Orang Munafik yang mengkhianati Rasulullah ketika Perang Ahzab
0 votes
5
Kuiz 226 لَوۡ كَانَ عَرَضٗا قَرِيبٗا وَسَفَرٗا قَاصِدٗا لَّٱتَّبَعُوكَ وَلَٰكِنۢ بَعُدَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلشُّقَّةُۚ وَسَيَحۡلِفُونَ بِٱللَّهِ لَوِ ٱسۡتَطَعۡنَا لَخَرَجۡنَا مَعَكُمۡ يُهۡلِكُونَ أَنفُسَهُمۡ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ إِنَّهُمۡ لَكَٰذِبُونَ Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana, nescaya mereka akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
إظهار الكل...
9
🌙 Tazkirah Jumaat 🌸 Setiap Masalah Ada Ayatnya dalam Al-Quran 🌸 Hidup ini tidak pernah sepi daripada ujian. Kadang-kadang kita diuji dengan sempitnya rezeki, ada ketika hati dihimpit kesedihan, dan ada pula saat kita terasa hilang arah. Namun, ketahuilah… Allah tidak pernah meninggalkan kita sendirian. Dalam setiap masalah, Dia sudah turunkan ayat-Nya sebagai jawapan, panduan, dan penawar. ✨ 💭 Saat hati gundah, Allah menenangkan kita:
“Ingatlah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.” (Surah Ar-Ra’d: 28)
💭 Saat risau tentang rezeki, Allah memberi janji:
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (Surah At-Talaq: 2-3)
💭 Saat kesedihan menimpa, Allah memujuk dengan lembut:
“Janganlah kamu berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.” (Surah At-Taubah: 40)
🌹 Ayat-ayat ini ibarat pelita di tengah kegelapan. Ia menyedarkan kita bahawa setiap payah itu bukan sia-sia. 👉 Di sebalik sakit, ada dosa yang gugur. 👉 Di sebalik sabar, ada ganjaran yang tiada bandingan. 👉 Di sebalik doa, ada pintu langit yang terbuka luas. Kadang-kadang kita terlalu mencari manusia untuk mengadu, hingga lupa ada kalam Allah yang sedang menunggu. Membacanya dengan tadabbur mampu meredakan jiwa yang kusut. 📖 Al-Quran bukan sekadar bacaan di bibir, tetapi penawar yang menghidupkan hati. Ingatlah, ✨ Setiap masalah ada ayatnya. ✨ Dan setiap ayat adalah bukti bahawa Allah mendengar, melihat, dan memahami kita. Maka jangan pernah jauh daripada Al-Quran, kerana di situlah terletak jawapan bagi setiap persoalan hidup. 🌿 https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran
إظهار الكل...
33👍 4
Photo unavailableShow in Telegram
4
📌 Mukjizat Al Quran Dalam Aspek Syariat Islam Kebanyakan kita selalu mendengar bahawa syariat Islam itu syumul (menyeluruh), sesuai sepanjang zaman dan tempat. Namun ada satu aspek penting yang jarang difikirkan: bagaimana syariat Islam diturunkan kepada masyarakat Arab ketika itu? 💡 Mari kita bayangkan… Masyarakat Arab sebelum Islam hidup dalam keadaan: Nomad & primitif – berpindah-randah, tanpa tamadun besar. Buta huruf & jahil – majoriti tidak tahu membaca dan menulis. Sosial & ekonomi sederhana – hanya dikawal oleh sistem kabilah. Tiada keperluan undang-undang moden – kerana hidup mereka terlalu mudah. 📖 Realiti Sejarah Menurut ahli sosiologi seperti Ibn Khaldun, masyarakat biasanya hanya memerlukan undang-undang selepas mereka melalui fasa kemajuan: 1⃣ Dari jahil → belajar ilmu asas. 2⃣ Dari ilmu asas → membina hubungan sosial. 3⃣ Dari sosial → berkembang kepada ekonomi. 4⃣ Dari ekonomi → wujud tamadun & kota. 5⃣ Akhirnya barulah mereka memerlukan perundangan untuk mengurus masyarakat yang kompleks. 🔎 Namun, apa yang berlaku di Semenanjung Arab? Ketika masyarakat Arab masih mundur, buta huruf, dan belum sampai ke tahap tamadun… tiba-tiba al-Quran menurunkan: Undang-undang akad & muamalat (jual beli, nikah, hutang, dll.) Undang-undang keluarga & warisan Undang-undang jenayah & pencegahan kejahatan Prinsip hubungan antarabangsa & politikFenomena ini sangat pelik dari sudut sosiologi: 👉 Bagaimana mungkin masyarakat primitif yang tidak memerlukan undang-undang rumit, tiba-tiba memiliki sistem perundangan yang sangat lengkap & teratur? Jawapannya jelas: ⚡ Ia bukan hasil akal fikiran manusia. ⚡ Ia adalah wahyu Allah – mukjizat al-Quran dalam aspek pensyariatan. 🌟 Kesimpulan Mukjizat al-Quran bukan sekadar pada bahasanya, tetapi juga pada pensyariatannya. Di tengah masyarakat yang sederhana dan buta huruf, Allah turunkan undang-undang yang melangkaui zaman – satu sistem perundangan sempurna yang tidak lahir daripada pengalaman manusia, tetapi daripada ilmu Allah Yang Maha Bijaksana. 👉 Itulah antara kemukjizatan syariat Islam yang seharusnya menarik perhatian kita hari ini. https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran
إظهار الكل...
23👍 8
Photo unavailableShow in Telegram
Kuiz 225 Apakah doa Nabi Sulaiman setelah mendengar semut bercakap?Anonymous voting
  • A. Doa supaya dipanjangkan umur
  • B. Doa untuk dikurniakan zuriat
  • C. Doa agar diselamatkan dari musuh
  • D. Doa agar disyukuri nikmat dan dimasukkan dalam golongan hamba soleh
  • E. Doa agar Rati Balqis dan kaumnya beriman kepada Allah
0 votes
16👍 6
🌙 Tazkirah Jumaat Matlamat Hidup Sebenar Setiap dari kita pasti ada matlamat hidup masing-masing. Namun, matlamat itu berubah mengikut pertambahan usia. ▪️Waktu sekolah rendah, kita bercita-cita ingin memasuki sekolah yang hebat. ▪️Waktu sekolah menengah, kita mengimpikan universiti yang ternama dengan jurusan yang hebat. ▪️Setelah tamat pengajian, kita mula mengejar pekerjaan yang baik, kemudian berkahwin, memiliki rumah, kereta, dan harta. Demikianlah perjalanan hidup, penuh dengan matlamat duniawi yang silih berganti. Namun, persoalannya: Adakah matlamat akhirat juga kita susun dalam hidup kita? Atau kita hanya mengejar dunia sehingga usia meniti senja, lalu mati tanpa bekalan? 🌿 Matlamat Akhirat yang Sebenar Nabi Muhammad ﷺ telah memberikan panduan jelas tentang apa yang sebenarnya kekal memberi manfaat kepada kita setelah mati. 📖 Hadis Rasulullah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ قَالَ: «إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ، انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلاَثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ» — Riwayat Muslim, no. 1631 Terjemahan: Daripada Abū Hurairah RA, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: *"Apabila mati seorang insan, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: 1. Sedekah jariyah, 2. Ilmu yang bermanfaat, 3. Anak soleh yang mendoakannya."*
🕋 ① Sedekah Jariyah (صدقة جارية) ➡ Amalan kebajikan yang terus memberi manfaat walaupun kita telah meninggal dunia. Contoh: ▪️Mewakafkan tanah untuk masjid, sekolah, atau perkuburan. ▪️Menyumbang untuk telaga, sistem air bersih, atau wakaf al-Quran. ▪️Menyediakan dana untuk hospital atau rumah anak yatim. ▪️Menyumbang komputer, buku, atau peralatan belajar yang digunakan ramai orang. 📚 ② Ilmu yang Bermanfaat (علم يُنتفع به) ➡ Ilmu yang diajarkan, ditulis, atau disebarkan, lalu orang lain terus mendapat manfaat walaupun kita sudah tiada. Contoh: ▪️Menulis buku, artikel, atau e-book bermanfaat (agama, kesihatan, pendidikan, sains). ▪️Mengajar anak murid, masyarakat, atau generasi muda. ▪️Berkongsi kuliah, podcast,video pendidikan yang terus ditonton dan juga berkongsi artikel ini. ▪️Menyumbangkan idea atau inovasi yang memudahkan urusan manusia dalam kebaikan. 👨‍👩‍👧 ③ Anak Soleh yang Mendoakan (ولد صالح يدعو له) ➡ Doa anak yang soleh/solehah kepada ibu bapa adalah saham akhirat yang tidak pernah putus. Contoh: ▪️Mendidik anak dengan akidah yang benar dan akhlak mulia. ▪️Menjadi teladan yang baik dalam amal soleh. ▪️Mengajar anak berdoa untuk ibu bapa setiap kali solat. ▪️Membimbing anak bersedekah atau melakukan amal kebajikan. Ini kerana segala amalan kebaikan yang diajar dan diamalkan oleh anak kita kemudiannya akan menjadi bekalan pahala di akhirat kelak. ✨ Kesimpulan Hidup ini terlalu singkat untuk sekadar mengejar dunia. Rumah, kereta, pangkat, dan harta akan ditinggalkan. Yang mengiringi kita hanyalah amal soleh. Hadis ini mengingatkan kita bahawa: Harta yang diberi untuk agama akan kekal mengalir sebagai pahala. Ilmu yang disebar menjadi cahaya untuk orang lain, bahkan selepas kita mati. Anak yang soleh menjadi doa hidup yang sentiasa naik ke langit untuk kita. 💡 Maka, marilah kita susun semula matlamat hidup kita. Dunia perlu, tetapi akhirat lebih utama. Bekalan itu yang akan menyelamatkan kita apabila roh sudah dipanggil pulang. 📌 Renungan Jumaat: Apakah yang akan kita tinggalkan selepas mati? Harta yang habis? Nama yang dilupakan? Atau amal soleh yang mengalir pahalanya hingga ke akhirat? https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran
إظهار الكل...
30
Photo unavailableShow in Telegram
👍 1
📌 Hikmah di Sebalik Kelewatan Kaum Kerabat Rasulullah Memeluk Islam Rasulullah ﷺ diutuskan kepada kaumnya sendiri di Mekah. Selama tiga belas tahun baginda berdakwah di tengah-tengah keluarga dan kerabat, menyeru mereka kepada Allah ﷻ dengan penuh kesabaran. Namun, kebanyakan mereka tetap memilih kekufuran, bahkan menentang baginda dengan keras hingga akhirnya memaksa baginda berhijrah ke Madinah. Menariknya, keadaan di Madinah jauh berbeza. Sebelum sempat berjumpa dengan Rasulullah ﷺ, penduduknya—terutama daripada kabilah Aws dan Khazraj—sudah menerima Islam dengan hati terbuka. Keimanan mereka tersebar ke setiap rumah, hinggakan tiada siapa berani menzahirkan kekufuran secara terang-terangan. Malah, kerana kuatnya pengaruh Islam, wujud pula segelintir kecil yang berpura-pura beriman—golongan munafik. Namun, mereka hanyalah minoriti, dan kebanyakannya orang tua yang sudah lama bergelumang dengan jahiliyyah. Dalam kalangan pemuda Ansar, hampir tiada yang tergolong sebagai munafik. Keimanan kaum Ansar ini benar-benar luar biasa. Mereka sanggup berkorban harta, keluarga, bahkan nyawa demi Allah dan Rasul-Nya. Sejarah mencatat bagaimana Abdullah bin Abdullah bin Ubay meminta izin kepada Rasulullah ﷺ untuk membunuh ayahnya sendiri, Abdullah bin Ubay bin Salul—ketua kaum munafik Madinah! Ini bukti bahawa cinta mereka kepada Allah dan Rasul-Nya mengatasi ikatan darah serta fanatik kesukuan yang sudah lama berakar dalam bangsa Arab. ✅ Mengapa Kaum Kerabat Rasulullah Lewat Memeluk Islam? Kelewatan ini bukanlah kebetulan, bahkan tersimpan hikmah besar yang menunjukkan kebijaksanaan Allah ﷻ. 1⃣ Bukti Kebenaran Kenabian Sekiranya ahli keluarga baginda segera beriman, mungkin ada yang menuduh bahawa Muhammad ﷺ hanya mahu membina pengaruh untuk kaumnya sendiri. Namun, apabila kerabat terdekat menolak, sementara orang jauh pula yang mula menyokong baginda, jelaslah bahawa dakwah ini bukan demi kepentingan duniawi, tetapi demi risalah kebenaran. Peperangan awal Rasulullah ﷺ juga membuktikan perkara ini. Sebelum Fath Makkah, hampir semua peperangan baginda adalah menentang Quraisy—kaum dan kerabat sendiri. Ini menjadi saksi bahawa baginda tidak membela kaumnya atas dasar asabiyyah, tetapi membela agama Allah semata-mata. 2⃣ Menafikan Tuduhan Nepotisme Sekiranya Quraisy awal-awal lagi menerima Islam, nescaya ada yang berkata:
"Kaum Muhammad hanya mahu mengangkat kedudukan keluarga mereka."
Tetapi, apabila Ansar—kaum yang tiada hubungan darah dengan Rasulullah ﷺ—menjadi pembela pertama baginda, malah sanggup melawan Quraisy, tuduhan sebegitu tertolak sama sekali. Keimanan mereka lahir daripada keyakinan yang tulus, bukan kerana ikatan darah atau kepentingan dunia. Inilah yang membuatkan Raja Heraklius Rom Timur kagum. Dalam pertemuannya dengan Abu Sufyan, beliau bertanya sama ada Rasulullah ﷺ datang daripada keturunan raja. Apabila Abu Sufyan menjawab tidak, Heraklius menyimpulkan:
"Jika dia berasal daripada keluarga raja, pasti aku akan menyangka dia hanya ingin merebut kembali kerajaan nenek moyangnya. Tetapi kerana tidak, maka jelaslah dia benar-benar seorang nabi."
 ✅ Kesimpulan Kelewatan kaum kerabat Rasulullah ﷺ memeluk Islam adalah sebahagian daripada perancangan Ilahi. Dengannya, tersingkap bahawa Islam bukan agama nepotisme, bukan perjuangan kabilah, dan bukan pula cita-cita politik untuk menegakkan kuasa Quraisy. Sebaliknya, ia adalah risalah langit yang datang membawa cahaya, menundukkan hati manusia daripada pelbagai bangsa dan kabilah, hingga mereka sanggup meletakkan Allah dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya. Sesungguhnya Allah ﷻ Maha Bijaksana dalam setiap ketetapan-Nya. https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran
إظهار الكل...
30
Photo unavailableShow in Telegram
HUKUM MENGHORMATI JENAZAH BUKAN MUSLIM Pada asalnya menghormati jenazah sama ada muslim atau bukan muslim merupakan tuntutan dalam agama. Maka, seorang muslim boleh menghormati jenazah bukan muslim tanpa melakukan ritual agama lain. Seorang muslim juga boleh hadir memberi penghormatan kepada jenazah bukan muslim jika ada maslahah atau keperluan untuk hal itu dilakukan seperti jenazah keluarga, atau pemimpin masyarakat. Penghormatan yang diizinkan untuk dilakukan kepada jenazah bukan muslim itu adalah merujuk kepada uruf sesuatu masyarakat tanpa dikaitkan dengan agama atau apa-apa kepercayaan yang tidak berasas. Maka penghormatan kepada jenazah mengikut adat kemanusiaan seperti berdiri, atau diam ketika di hadapan jenazah atau berhenti pergerakan kenderaan dan seumpamanya adalah dibolehkan. Namun jika penghormatan itu disertai dengan iktikad tertentu seperti mayat itu mendapat rahmat atau bergembira atau beruntung dengan perbuatan tertentu, atau bimbangkan badi atau sial atau malang, maka adalah haram dilakukan dan boleh menjejaskan akidah jika beriktikad dengan iktikad yang mengiktiraf kekufuran. Seorang muslim yang menghadiri upacara jenazah bukan muslim atas keperluan tertentu hendaklah memastikan dirinya tidak terlibat melakukan ritual atau kepercayaan yang tidak diiktiraf oleh Islam. Dia juga hendaklah mengelakkan tasyabbuh iaitu menyerupai amalan agama lain ketika berada dalam majlis tersebut. Menghormati jenazah sama ada muslim atau bukan muslim adalah suatu yang dijaga oleh syariat. Sumber : Fatwa Negeri Perlis
إظهار الكل...
👍 16 7
Photo unavailableShow in Telegram
Kuiz 224 Apakah 2 binatang yang diharamkan untuk kaum Yahudi memakan lemak binatang tersebut disebabkan kederhakaan mereka?Anonymous voting
  • A. Lembu & Kambing
  • B. Unta & Dhab
  • C. Unta & Lembu
  • D. Khinzir & Dhab
0 votes
🤩 4
📌Mengapa Lubang Dhab Sebuah Isyarat dari Nabi Pernahkah kita terfikir, mengapa Rasulullah ﷺ memilih lubang dhab (biawak padang pasir) sebagai perumpamaan dalam hadith, bukannya lubang haiwan lain? Setiap kata Baginda bukanlah kata biasa — ia adalah wahyu dari Allah ﷻ, penuh hikmah dan makna yang dalam.
Hadith yang masyhur ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA: “Kamu pasti akan mengikuti jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga kalau mereka masuk ke lubang dhab sekalipun, kamu akan mengikutinya.” Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?”
Perumpamaan ini muncul dalam pelbagai riwayat, namun tetap menggunakan simbol yang sama — lubang dhab. Tetapi, mengapa lubang dhab? 🪐 Rahsia Lubang Dhab Persoalan ini terus bermain di fikiran saya… sehinggalah saya menonton rakaman pemburu di Jazirah Arab menangkap dhab. Di situlah saya menemui jawapannya. Ternyata, dhab hanya membuat satu lubang untuk keluar masuk, tidak seperti haiwan lain yang biasanya membuat beberapa pintu untuk melarikan diri atau mendapatkan udara. Lubangnya sempit, kotor, dan tidak menarik sama sekali. Jika lubang itu ditutup, dhab akan mati terperangkap. Jika dimasuki air, ia akan terpaksa keluar — dan pada saat itulah ia menjadi mangsa pemburu. Satu pintu, satu jalan, tanpa pilihan. Itulah lubang dhab — perangkap maut yang menunggu penghuninya. 🔪 Isyarat yang Tajam Seolah-olah Rasulullah ﷺ ingin memberi amaran, bahawa akan tiba masanya umat Islam meniru bulat-bulat cara hidup orang kafir, walaupun perkara itu jelas jijik, merosakkan, dan tidak masuk akal. Kita akan ikut mereka sedikit demi sedikit, sehasta demi sehasta, sehingga masuk ke “lubang” mereka yang sempit dan kotor — tempat yang tiada maruah, tiada kebebasan sebenar, malah memerangkap kita sendiri. Hari ini, bukankah kita sudah melihatnya? Sistem Barat yang terbukti gagal — undang-undang keluarga yang pincang, perkahwinan sivil tanpa agama, budaya songsang, fesyen yang melampau, arak yang diagungkan, zina yang dianggap kebebasan peribadi — semuanya kita tiru, walaupun mereka sendiri mengakui kerosakannya. Kita bukan lagi memimpin, tetapi dipimpin; bukan lagi mempengaruhi, tetapi dipengaruhi. Kita telah kehilangan jati diri dan menjadi “penghuni lubang dhab” moden.Kembali ke Jalan Lurus Allah ﷻ telah pun memberi peringatan yang jelas dalam al-Quran:
وَأَنَّ هَٰذَا صِرَٰطِي مُسۡتَقِيمٗا فَٱتَّبِعُوهُۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦۚ ذَٰلِكُمۡ وَصَّىٰكُم بِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ “Dan bahawa inilah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah ia. Dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, yang akan memisahkan kamu daripada jalan-Nya. Itulah yang Allah wasiatkan kepada kamu, agar kamu bertakwa.” (Surah al-An‘am: 153)
Kita mesti memilih jalan ini, atau kita akan terus kekal di dalam lubang dhab — perangkap yang kita pilih sendiri, tanpa sedar. https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran
إظهار الكل...
56👍 20😢 1
Photo unavailableShow in Telegram
Bila Hati Cemburu Lihat Hidup Orang Lain — Apa Maksud Rasa Tu? Kadang-kadang, waktu kita scroll media sosial… Nampak orang update kejayaan. Pasangan bahagia. Anak-anak comel. Rumah cantik. Hidup nampak cukup segalanya. Kita senyum… tapi dalam hati, ada sesuatu yang lain.
“Kenapa hidup aku tak macam tu?” “Kenapa rezeki dia laju, aku lambat?” “Dia pun pernah buat salah… tapi sekarang hidup dia nampak senang.”
Rasa itu… bukan pelik. Dan bukan salah. Dalam Islam, rasa itu dikenali sebagai ghibṭah — sejenis cemburu yang boleh jadi baik. Tapi kita kena tahu, ada dua jenis cemburu: 1⃣ Cemburu yang membakar – hasad ➡️ Bila kita rasa sakit tengok orang lain senang. ➡️ Bila kita nak nikmat itu hilang dari mereka. ➡️ Bila hati mula persoal takdir dan berdendam dalam diam. Ini beracun. Dan dilarang oleh agama. 2⃣ Cemburu yang menyala – ghibṭah ➡️ Bila kita terinspirasi. ➡️ Bila kita rasa nak usaha lebih. ➡️ Bila kita doa agar kita pun dapat nikmat yang sama — tanpa mahu orang lain kehilangan. Ini yang dibenarkan. Bahkan dianjurkan.
Nabi SAW bersabda: “Tidak dibenarkan hasad kecuali kepada dua orang: (1) orang yang Allah beri ilmu, lalu dia ajarkan; (2) orang yang Allah beri harta, lalu dia infaqkannya.” (HR Bukhari & Muslim)
Maknanya, kita boleh cemburu dalam bentuk motivasi — bukan dengan iri, bukan dengan benci.
Ibn Qayyim pernah menulis: “Cemburu itu boleh jadi racun, boleh juga jadi ubat — bergantung kepada hati yang menanggungnya.”
Kalau rasa tu buat kita sinis, kecewa, putus asa — itu racun. Tapi kalau rasa tu buat kita muhasabah, bangkit, usaha lebih ikhlas — itu ubat. ✅ Hakikatnya? Allah beri rezeki dan ujian pada setiap orang dengan bentuk berbeza.
Dalam Surah an-Nisa’ ayat 32, Allah berfirman: “Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang Allah kurniakan kepada sebahagian kamu lebih daripada yang lain…”
Ibn Kathir menjelaskan: ayat ini tegur mereka yang mengukur kasih Allah berdasarkan nikmat zahir. Sedangkan… orang yang kita cemburukan hari ini, mungkin sedang menanggung ujian yang kita sendiri tak sanggup pikul. Jadi tenanglah. Kau tak gagal. Kau cuma ditulis dengan jalan yang berbeza. 📌 Yang penting: ✔️ Teruskan langkah ✔️ Tetap jujur ✔️ Jangan bandingkan diri ✔️ Dan terus bergantung pada Allah Sebab rezeki bukan siapa paling cepat — tapi siapa paling taat. https://t.me/kisah_kisahdlmAlQuran
إظهار الكل...
41👍 19
Photo unavailableShow in Telegram
Kuiz 223 Kaum manakah yang disebutkan dalam Al Quran, Nabi mereka menegur supaya jangan berbuat perkara yang mungkar, yang ‘belum pernah dibuat oleh sesiapapun’ sblm ini?Anonymous voting
  • A. Kaum Nabi Lut as
  • B. Kaum Bani Israel (Nabi Musa as)
  • C. Kaum Bani Israel (Nabi Isa as)
  • D. Kaum ‘Ad (Nabi Hud as)
0 votes
21
Kuiz 222 Kaum musyrik mengharapkan berhala yg disembah dpt memberi bantuan syafaat, tetapi berhala itu sendiri akan menjadi tentera terhadap mereka. Surah apakah ceritakan hal itu?Anonymous voting
  • A. Al-Kahfi
  • B. Yaasin
  • C. Al-Mulk
  • D. Al-Waqiah
0 votes
21